Aug 30, 2009

am fully recovered :)

yeah...am ok now :) for real...serious tak tipu :P dah lama tak blogging,so dah tak reti nak start macam mana.kalau dulu tayah pikir2...idea memang mencurah2.sempena bulan puasa ni(tau dah seminggu tp nak ckp jugak), aku mintak maaf la kat semua2 kalau selama ni ada terasa ke ter'touching' ke..ter ape2 ke..sorry ok? nanti aku bg duit raya :D

i start to love my job. sekarang dah ok, no more stress,no more stayback sampai pukul 10 and paling best skali..dah takda on-call2.yippeee....for this 2 months aku akan bergoyang kaki, berfoya-foya menikmati hidup. start 24th october sampai la ujung tahun aku bz with outstation.

setakat ni..aku rasa semua yg aku nak,aku dah dapat.except for the bf thingy la.tp tak kesah pon...long way to go.orang kata..patah tumbuh hilang berganti.memang la tak sama...tapi bak kata ayah aku,maybe break sekarang sbb nanti aku akan dapat yang lebih baik?who knows....things happen for a reason. better tau awal jgn bila dah kawin baru la nak bercerai bagai. takpa la...there still have many guys out there.bukan dia sorang je kan...

esok nak pegi shopping ngan mas.yippee...hopefully jadi la kan.kalau x jadi...aku nak pegi shopping sorang2 pon tak kesah.bila cuti lama sgt, rasa stress pon ade.sebab dah biasa bz...tetibe kene duk dediam.rasa macam pelik! smalam janji dengan aidil n apis nak jumpa kat mt kiara, tapi tak jadi. sorry abang2ku....tertido la.tu la..sape suh janji jumpa lewat sgt.

to sara : dun b sad...i knw wht u feel..but u hv to b strong.try to accept d truth..ok? i sayang u, mas sayang u, ash sayang u,gope sayang u..ur parents sayang u.semua sayang u.so pls...dun do any stupid things.u kena makan,jangan buat benda bukan2....u pikir kan balik ape yg i ckp kat u ari tu...

Jul 24, 2009

See With Your Heart, Speak With Your Heart

last post ari tu aku ada cakap pasal x ready kawin n etc. memang instinct aku kuat. last few weeks aku dapat tau bf aku ada gf lain.oh i mean ex-bf...not bf anymore. ye..memang aku degil.dulu SEMUA kawan2 aku tak bagi aku get back dengan mamat tu. tapi aku degil sampaikan aku gado dengan bestfren aku..sekarang...tup2 jadi macam ni. kalau dulu..maybe aku menangis.tapi sekarang, aku tak perlukan lelaki yang tak tetap pendirian, yang tak tepati janji, yang tak reti nak hargai aku.

dah la aku dapat tau case dia curang time aku kat alor star. mau tak nya macam tersentak.tapi cam nak sedih pon tak berapa sangat la.cuma macam frust skit sebab banyak dia buat cerita. kalau dah tak ikhlas nak amik/antar aku selama ni...tak payah la sampai nak burukkan aku. ni siap ckp..dia terpaksa amik aku kat airport. agak sial la jugakkan..sebab aku dah kata..abang aku nak datang amik..memang part tu aku tersentap. kalau nak ikut berkira..meh aku berkira.masa dia accident,sapa yg ulang alik amik dia.bawak pegi urut kaki,pegi makan..tapi aku tak penah nak ungkit semua tu.tapi bila dah macam ni...macam nak berkira la pulak kan...

mlm lepas dia kantoi, dia ada sms2 aku.tapi aku memang tak rasa nak reply. dia kata macam mana nak buat keputusan.malas aku nak layan. esoknya dia boleh sms kata..sorry kita memang takda jodoh. is dat simple? bagi aku..jodoh tu memang di tangan Allah.tp kalau kau tak menggatal..takde la jadi macam ni kan? is not like aku terhegeh2 nak sangat kat kau..tapi sebab dulu beria janji..takkan buat lagi dah.siap sanggup pegi vacation sebab nak pujuk aku. bila sekarang macam ni la pulak.aku tanya dia..janji2 dulu letak mana? dia suruh aku terima takdir.demmit..aku tak hadap la nak kawin dengan lelaki macam tu.

aku pon taktau kenapa aku update blog.padahal dah lama gila tak update.tup2 kuar confession. memang aku dah ilang rasa percaya kat lelaki. sekarang ni aku just nak focus kan on keje + bisnes + sambung master. kali ni..aku memang tak dapat nak maafkan dia.memang aku bukan jenis pendendam.tapi untuk kali..aku tak rasa nak maafkan dia.1 je aku cakap.karma tu ada...

May 21, 2009

unquestionable answer

lately, macam banyak benda crossed my mind. antaranya," kalau aku mati, sure aku masuk neraka kan?","nak taubat jangan tunggu2, kalau mati esok macam mane?","betul ke jalan yang aku pilih ni?","is he the right 1?","takutnya kalau kawin nanti laki carik lain", dan macam-macam lagi la.

ended up, aku terus tido sebab semua soalan tadi takda jawapan. semua nya very subjective. ada soalan yang memang dah ada jawapan, tapi degil. contohnya, dah tau dah benda tu tak elok. tapi dok buat jugak. nak kata tak boleh pikir, dah besar panjang. oh daymmnn....benci ok! ari tu aku dah kene sound dengan kawan aku. sound baik punya. dia kata,"u ni kata ari tu dah nak stop, dah insaf. tapi ni i tengok makin menjadi-jadi ada laa.u pikir la sendiri, u dah besar.". ok...memang aku tersentak 10 saat. maybe la orang tengok aku ni jenis independent, tapi entah la. certain things memang aku tak rely on other people. but still...ada jugak benda aku perlukan someone to depend on.

ramai kawan aku dah mula menuju ke arah tunang-tunang, kawin-kawin. memang tak dinafikan aku pun excited nak kawin jugak. tapi aku takut. macam mana nanti kalau aku dah kawin lepas tu laki aku ada orang lain? dia dah tak sayangkan aku dah ke atau aku ni membosankan? buatnya masa tu anak dah berderet,macam mana? atau pun masa tu aku tengah pregnant? ok ok..maybe aku terlebih berfikir. but..anything can happen kan?

kesimpulannya, aku tak ready lagi nak kawin. banyak benda nak kena pikir.

May 10, 2009

coolness sometimes bole jadi coldness

Aku tak tau kenapa aku macam takde mood nak update blog. bukan takde benda menarik nak di type.tapi malas...pastu aku rasa macam aku makin merepek2 je. oh dunia...dunia...time kasih la aku baru beli perfume 4 ari lepas pastu ilang.time kasih kat pencuri yang tangan gatal pegi bukak kete aku amik bag.memang la bag tu xde duit ke ape..tp all my make up stuff ade dalam tu kot...skali ngan perfume.demmit!!!!

selalu kalau kite buat bende jahat, sure dapat cash balasan balik kan? aku pun tatau la ape nasib malang slalu je ilang barang.agak nye nak kene gantung sume kat kepala baru tak ilang kot.takpe takpe..sabar..sabar.....aku cool je ok...

aku rase macam nak say gudbye kat dunia blog la.sebab aku bukan update pon.tengok la nanti aku carik date buat official closing.amacam?

Apr 19, 2009

Emosi campur-campur

semalam aku pegi kenduri cousin aku bertunang. letih tapi gembira. tengok dia bertunang aku pulak rasa macam tak sabar nak bertunang. memang meriah. semua sedara jauh pun ada jugak. seperti biasa, aku di interview beramai ramai pasal aku dan bf aku.soalan dia memang sama, balik-balik tanya bila nak kawin. aku pun selamba je lah cakap 2011. mak aku dah gelak2. hah..terus semua tak tanya dah. kan senang.

make-up cousin aku memang cantik, tak dapat dinafikan dah. kawan aku kata, kalau mak andam (lelaki lembut) yang make-up kan..tak tau la kenapa.mesti cantik. aku pun tak ada jawapan yang sesuai kenapa mak andam(lelaki lembut) pandai make-up.

bila dah petang, tetamu pun dah balik, kami sekeluarga bersembang-sembang la.jangan ingat orang tua2 tak reti bergossip. nenek sedara aku memang paling rancak bergossip sambil makan lollipop.tiba-tiba :

mak : nape nye muka mak andak pelik2 ni
nenek : ni hah..pelik bebeno rase cekelat ni ( sambil tunjuk lollipop kat tangan dia)

*mak aku pun jadi pelik.semua orang pandang lollipop tu*

nenek : kome rase macam makan cekelat akar kayu.

*semua pun terdiam sambil mak aku rasa lollipop tu*

mak : laaa....ni perisa choc mint la mak andak...
nenek : mane la kome tau.kome biasa makan akar kayu rase die macam gini lah.

aku dengan cousin aku dah tergelak gelak.mane la ade orang jual lollipop perisa akar kayu...

lepas tu sambung lagi gossip bla bla bla. aku pon tak amik port sangat. malas nak menyampuk orang tua-tua bersembang. tiba-tiba adik aku yang perempuan kene attack. ni pasal bf dia yang tua 10 tahun tu lah. mak aku cukup tak berkenan dorang couple. boleh percaya ke lelaki yang dah bekerja umor 28 tahun minat dengan adik aku yang baru 18 tahun. last-last semalam adik aku bagi tau yang dia orang dah break up.adik aku ni skema sikit, dia kata sebab nak sambung belajar malas nak bercinta. bagus la tu, memang aku dan mak aku tak minat pun laki tu. gatal merenyah. 11 may nanti adik aku register kat matrik pahang. semua pun rasa syukur tak terhingga sebab adik aku apply matrik gopeng, konon nya nak dekat dengan bf dia la tu. dalam semua pun halang cinta adik aku tu, sekali nenek aku boleh kata :

nenek : bagus jugak bercinta masa belajo. nanti bile nak jawab periksa dia belajo betul-betul sebab teringat boifren.

perghh..gila sporting nenek sedara aku nih. mak aku dah bebel-bebel tak setuju.aku dengan adik aku dah gelak-gelak.cayalah wan(aku panggil nenek aku tu wan)

tapi sebenarnya aku sedih. tak sampai hati nak berpisah dengan adik aku. dia tak pernah duduk hostel. semalam adik aku menangis, mak aku pun sebak.aku pulak dah bergenang air mata. takpe la, aku doakan yang terbaik untuk dia.

Apr 14, 2009

Entry ini penuh dengan ayat kadang-kadang

kadang-kadang bila kita diam orang kata kita lupa dia. bila tak tegur kata kita sombong. tapi sebenarnya bukannya kita lupa atau sengaja lupa. setiap orang perlukan ruang untuk diri sendiri. memang tak di nafikan, jarang sekali aku contact kawan-kawan dari zaman sekolah dan universiti. bukan sengaja aku tak mahu contact, tapi kadang-kadang bz dan tak tau nak mulakan macam mana. nak tanya kabar,"eh kau sehat ke sekarang?","bf dah ade berapa?", " kau dengan die couple lagi ke?" bla bla bla....

ade jugak certain people yang carik kawan lama sebab nak suruh beli barang diaorang.yang paling aku benci bila certain people yang carik kawan-kawan lama sebab nak suruh masuk MLM. bukan la aku benci sangat pada MLM, tapi aku cukup tak suka bila sampai terkeluar statement,"ala..ape guna member kalau tak tolong member". apakah?

kadang-kadang kita mahu orang faham kita, dan orang pulak kate kita tak faham dia. susah sebenanye nak jumpe orang yang betul-betul faham kita. even dah bertahun kenal atau kenal since kecik pon tak kan ada yang boleh faham diri kita yang sebenarnya. hanya kita yang faham diri kita sendiri. tapi, kadang-kadang aku nak orang yang rapat dengan aku faham apa yang aku maksudkan tanpa perlu aku cakap.in a simple way to explain, can read my mind. tak semua benda kita kena cakap baru nak faham..kena la faham-faham sendiri, apa yang patut, apa yang tak patut.

maybe sesapa yang baca kata ni luahan hati ke apa benda. ni bukan la luahan hati, tapi lately aku macam kecewa. tak perlu la kot aku bagi tau semua kenapa. bukan penting mana pun.tapi tu la orang kate,things happen for a reason. takkan ada nye benda jadi sebab saje-saje. takpa la maybe belum tiba masanya lagi kot.

aku pon tak tau kenapa sekarang aku suka membebel. crap.buduh la...get a life.jangan asyik duduk depan laptop.



p/s: apa yang aku mengarut tak ada kena mengena dengan bf aku.happy becoming bday untuk die :P muaahhhhxxx

Apr 7, 2009

aku sebuah handphone

Aku teringat dulu2 time sekolah rendah selalu cikgu bm suruh tulis karangan ala2 tajuk, "aku sebatang pen","aku sepatu kasut" dan sebagainya. tapi tu duluuu...sekarang dah up skit.kawan aku kata semalam, hidup kite ni macam handphone.sebab? bile kite bangun, kite bekerja, bila penat kite tido atau rehat. sama la macam handphone. bila batery full kite guna, bila batery kong, kite charge. sampai la nanti satu masa handphone tu rosak. sama kan? aku suke dengan perumpamaan ni sebab hidup aku sekarang macam tu la. hari2 keje sampai weekend pon kene keja. sampaikan kawan aku cakap kat aku,"u ni keje ari2 mengalahkan bangla.bangla pun ada off day". aku tak tau la nak kate ape, sebab aku suke je keja macam ni tapi yang aku tak suka bila weekend kene keja. dalam sehari aku sembang ngan mak aku kurang dari 10 patah perkataan. abis nak buat macam mane?

aku tak sempat nak luangkan masa kat family, kat dia, kat kawan2 aku. nasib aku ada officemate yang best, kol 2 pagi pon boleh layan aku merepek. macam semalam, kiterang kate nanti tak lama lagi kuar la headline kat paper, "pekerja IT PUSPAKOM pengsan secara berjemaah".pastu mane tau kot2 kuar 360 pulak ke? lagi best kalau karam singh walia tu yang jadi wartawan.

berkenaan bisnes aku buat tu pon kene postphone sebab aku memang xde masa. sian dak kecik tu. sorry weyh..aku nak tido pon xde masa sekarang ni. tapi aku rasa kamis nanti macam nak amik cuti. kalau dulu2, aku memang wajib mc sehari dalam sebulan. tapi sekarang aku macam tak sampai hati nak cuti2. kirenya mulia jugak la budi pekerti aku ni.

p/s: karangan terpesong sebab tak buat peta minda